Diary:

CORONAVIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum,

Entry kali ni agak berat sikit aku nak share hihihi. Seperti yang kita semua tahu Coronavirus atau lebih dikenali dengan nama Covid-19 dah serang Malaysia sejak Januari 2020. Aku ingat lagi masa tu CNY kot, aku dengan kawan2 aku pergi jalan2 like hangout lah kat IOI City Mall. Padahal aku tau yang Covid-19 ni menular tapi yang aku pelik tu tak ramai orang ambil peduli. Aku tengok dorang lagi seronok bercuti yelah sebab CNY kan. 

Masa aku lepak dengan kawan2 aku tu, aku ada juga usha2 kalau ada orang sekeliling yang ada symptom macam batuk. So far takdelah tapi balik dari hangout tu badan aku kepala aku panas gila. Masatu aku fikir asal ni apa jadi kat aku ni. Benda pertama yang terlintas dalam buah fikiran aku adalah "AKU KENA COVID-19 KE?". Sudah semestinya aku cuak sebab aku baru balik dari IOI City Mall kot and masatu pelajar Korea ramai gila sebab dorang macam ada buat Team Building kot ke rombongan idk lah.  And yess masatu kitorang main kat District 21. 

Masa nak mandi tu badan aku panas gila, aku fikir tak mungkinlah aku kena Covid-19 sebab baru je keluar rumah, copek na kono jangkit. Sebelum ni aku terperap je tak pergi luar dari Senawang. Setelah aku habis mandi, aku lap badan dengan towel and then baring jap bagi badan sejuk bawah kipas sampai aku terlelap, esok pagi bangun tu badan aku sakit2, then baru aku teringat aku main sukan ekstrem so maybe otot aku terkejut. Dalam seminggu juga lah aku pantau keadaan badan aku dan Alhamdulillah sampai hari ini aku tak demam pun cuz setiap kali naik office, security kat bawah tu akan check suhu badan sebelum masuk dalam office.

Tapi sekarang kes Covid-19 kian meningkat dan ada 2 kes kematian. So, rakyat Malaysia perlulah berhati2 dan patuh arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada 16 Mac 2020 yang lalu. Benda simple je tapi tak faham kenapa semua degil. Ni bukan perintah berkurung (Lockdown) my dear malaysian, tapi kerajaan bagitau yang kita sekarang ni dalam ROM (Restriction of Movement) atau dalam Bahasa Melayu kurangkan pergerakan seminimum mungkin. Mu pahe ke dok???? Bukan jadi babi hutan pergi sondol semua manusia nak beli barang (panic buying), pastu sondol Balai Polis nak dapatkan borang kebenaran keluar negeri untuk balik kampung. Bodoh tu bukan dibuat2 nampaknya cuz situ dah wujudnya mass gathering yang mana kerajaan nak kita semua avoid. Penat kerajaan bagitau korang semua ni, cuba relax2 bawa bertenang dan fikir secara rasional setiap tindakan korang tu apakah akibatnya. Kalau semua orang berhenti dan berfikir enn tak jadinya macam ni.

Jangan salahkan orang lain tapi tanya diri sendiri, adakah aku bertindak dengan betul? Ni 24 jam nak salahkan kerajaan. Sifat tamak korang tu boleh buat orang yang lebih memerlukan  kehilangan stok. Dengar cerita Mydin buat waktu dan laluan untuk membayar khas kepada pembeli OKU dan warga emas. Alhamdulillah baguslah kalau cerita ni benar. Harap wabak ni akan berakhir dengan cepat dan kalau boleh aku nak ia berakhir sebelum Ramadhan, Amin Ya Rabbi Al Amin.

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 


Seram je tengok jumlah kes kat atas ni hmmm. Aku berharap semua orang berfikir sebelum bertindak dan aku juga berharap kita semua dilindungi dari wabak ni. Stay safe everyone, selalu basuh tangan kalau rasa macam dah pegang macam2 kat tempat awam dan pakai face mask sekiranya korang ada symptom Covid-19 ni. Hidup ni jangan selfish, kita kena saling bertolak ansur dan sama2 bantu kerajaan dalam menangani isu ini. Jangan panik tapi bersujudlah pada Allah insyaAllah kita akan dilindungi. 

Ingat ye jangan keluar rumah time cuti2 ni okay. Mencegah lebih baik dari merawat! 

Muahhhh Adios!


Diary:

AKU DUDUK SHAH ALAM GAIS :(

What's up gais?

Lama tak berblog. Cehh dari haritu sama je ayat, "lama tak berblog" ahahaha. Aku penat sebenarnya cuz sekarang aku bekerja di Shah Alam dan tinggal di rumah sahabatku di Seksyen 16. Hmm, aku rindu dengan keluarga aku yang jauh di Senawang sana termasuk dengan tiga ekor kucing kesayangan aku tu. First time aku keluar dari rumah weyh dan tipulah kalau aku tak nangis. I cried for the first week tu, dalam bilik mandilah ahahah. 

Setiap hari aku akan tengok jam dan berharap agar cepatlah hari jumaat cuz penat tahan rindu ni. Aku dari kecil tak pernah berjauhan dengan family cuz memang tak pernah duduk asmara mahupun hostel. Bila dah tumpang rumah orang ni, aku kena jaga adab dan maruah cuz aku bawa nama family datang sini. Aku bersyukur sangat2 cuz keluarga sahabatku ni jaga aku dengan baik, Alhamdulillah makan minum aku terjaga.

Hati ni selalu teringat keluarga kat rumah, selalu bila nak berbelanja kat sini je mesti tengok beg duit cuz aku nak balik Senawang. So duit tambang kena ada at least RM20 setiap minggu. Aku sanggup Lunch makan Maggi Cup dan roti Twiggies je cuz nak berjimat. Lagipun aku tak kisah pun sebab niat aku nak kurangkan makan, yelah tak lama lagi nak kahwin. Hihihihi lagi beberapa bulan je lagi nak jadi isteri orang fuhhh nervous. Padahal banyak benda tak settle lagi macam Hiv Test, pilih baju kahwin, barang hantaran pun belum beli lagi dan sebagainya.

InsyaAllah semua akan settle dalam masa yang singkat ni.

Aku juga berharap agar wabak Coronavirus ni dapat jumpa penawarnya. Seramlah bila nak balik Senawang cuz berhimpit dengan orang ramai bila naik LRT dan Komuter. Setiap hari aku akan check suhu badan aku pastu batuk tahap teruk ke tidak dan sebagainya. Semoga aku dan orang2 lain dilindungi daripada wabak ini, Aminnn.

Sekian sahaja untuk entry aku kali ini, Chow!