Diary:

New Life


Haiiiiii, lama tak update blog ni, hmmm bz memanjang. Actually tadi saja2 je google nama sendiri and terkeluar pula blog kita haha. Apa lagi terus lah log in blog ni and here we are hahaha. Last entry aku tahun 2016 perghhh lamanya, al maklumlah aku bz dengan kerja and yess aku dah bekerja. Padahal esok aku ada proposal presentation dan Research presentation, satu apa pun tak sedia tapi sempat menaip blog, syabas Yaya hahahaha. 

So yeahhh aku kena tulis laju2 lah cite dia, erm life aku sekarang sama je macam dulu cuma dah makin mature and banyak responsibilities dimana aku suka mengelakkk *facepalm. And ohh aku ada boyfriend baru, kucing baru, rumah baru, lemak baru & kawan2 baru. Yang lama semua telah jadi memori yang terindah kecuali ex boyfriend cuz he's a fakboi hahahha.

Actually banyak lagi aku nak cite tapi tu lah til next time lah cuz banyak kerja tak siap ni hmm benci lah jadi dewasa ni, kan best jadi kanak2 lagi cuz no responsibilties tapi tu lah masa kecil dulu banyak sangat rules, tak syok kihkihkih. InsyaALLAH aku akan update banyak entry sooner, tunggu saja okiesss...

p/s : Banyak sangat grammar error aku dulu, malu bila baca balik entry dulu2 hahaha. Please jangan gelak guys cuz kita dulu tak pandai sangat, ikut sedap tangan je taip hahaha.

Diary:

RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA!



Yeahhh bulan yang dinantikan telah tiba!!!! (actually 2 hari lagi). Aku pun tak tahu kenapa asal tiba bulan Ramadhan je aku excited gila. Mungkin sebab kemeriahannya yang sangat umphhhh I tell you. Masa kecil dulu aku paling tak suka bulan Ramadhan sebab energy tak cukup nak jalani kehidupan normal aku selama 30 hari, eleh budak kecil lagi tetapi parents aku paksa juga puasa supaya aku dilatih untuk tahan nafsu dan banyak beribadah. And part aku paling tak suka bila kawan2 sekolah aku tak puasa, kemain dia action makan depan aku perghhh kecil2 dah jadi setan yek. Aku kecil lagi kot, nafsu apa yang aku ada selain dari mencekik 24 hours kihkihkih walaupun badan aku keding macam lidi (masa kecil dulu lah, sekarang dah macam hippo).

So anyway, setelah aku membesar dengan sihat and segar bugar ni, aku makin excited dengan ketibaan bulan Ramadhan. Nak tahu kenapa? Lemme tell ya, first of all aku suka suasana bazar or bahasa simple eh gerai jual makanan untuk berbuka (well tu dulu). Sekarang ni bazar bukan je setakat jual makanan tetapi baju, aksesori, mercun, kuih raya, toys, kosmetik, tudung bawal bilis ikan jaws etc dan paling aku suka makan je lah cuz sambil menemani adik perempuan aku shopping, aku cari port makan. So tu lah yang aku excited sebab nampak ramai nau setan boros berbelanja kahkahkah. Actually tu lah seronoknya tengok malays menolong malays dalam majukan biz dorang walaupun harga cekik darah. So bazar yang paling aku suka of course lah area rumah aku di senawang, besar gila I tell you and paling best dapat cuci mata sebab senawang studs semua umphhh walaupun majoritinya gays kihkihkih. Kesian gays sebab dorang terpaksa hold game lawan pedang bagi menghormati bulan Ramadhan kahkahkah. 

Selain tu, bila bulan Ramadhan ni aku rasa bangga sebab dapat turun berat badan dalam 2-4 kg. Best feeling ever sebab boleh bertukar dari sang hippo ke sang tenuk. So bulan Ramadhan ni lah aku terpaksa stop dari makan junk foods, cafein drinks, fast foods etc. Percaya atau tak, bulan Ramadhan ni lah diet aku yang paling efektif sebab hari2 yang lain aku selalu mengamalkan cheat days kihkihkih. Konon nak diet lah sangat tetapi mencekik je 24 hours, no wonder badan aku dah macam hippo walaupun orang duk cakap berat badan aku normal tetapi aku ni quite short so memang nampak gila lah macam mak mah si bini pak jib tu. So yeahhh diet mode activated! Looking forward for the hippo-tenuk transformation uolls.

Lastly, aku suka bulan Ramadhan ni kerana dapat berbuka puasa dengan family and kawan2 yang study jauh2 tu. Masa ni lah nak berbuka sama sebab dorang first week puasa and last week puasa dah start cuti so masing2 standby handphone tu and kasi hello2 lah nak meet up. Yang paling best tu bila kawan kau belanja makan untuk berbuka atas nama duit mara/ptptn dorang kihkihkih. Menu berbuka selalunya special kalau makan kat luar sebab time ni lah tekak kau nak rasa makanan yang lain dari yang lain. Speaking of which, McDonald sekarang dah ada menu baru sepanjang bulan Ramadhan ni iaitu sundae berperisa buah mata kucing and cendol, sedap gila I tell you!!! Grab em while stock masih ada. 

So yeahh harap tahun ni aku dapatlah puasa penuh macam last year (yeahh last year aku puasa penuh and no, I’m not pregnant). So, kepada pondan2 kat luar sana tu kau jangan ingat nak ponteng sesuka hati cuz selagi pedang kau tak melakukan aktiviti pembuangan darah2 kotor, kau masih boleh berpuasa aite? 

Salam Ramadhan everyone, Chow!