Diary:

My First Crush/Love?


Pernah tak korang jatuh cinta? Mesti pernah kan? Begitu juga dengan aku but let me ask you, siapa orang pertama yang kau jatuh cinta selain dari family lah. Mesti ramai yang tak ingat punya kan? Alhamdulillah aku ingat cuz aku kan ada otak dan daya ingatan yang tinggi chewahhhh. So hari ni aku nak share sikit my first crush or love maybe? So let’s go straight to the topic byotch! 

Okay celebrity tu kategori crush juga ke? Cuz aku ada crush kat ramai celebrities hahahaha but yang paling mula2 sekali yang aku ingat aku crush kat watak Rocky DeSantos dalam cerita Power Rangers Mighty Morphin/Zeo hahahahaha. Aku kalau buka TV ada muka dia pun dah rasa alive gila. Maybe zaman kecil2 dulu aku suka superheroes cuz dorang boleh turn me on hahahaha seriously aku baru 5 years old kot during that time. Lepas tu crush kedua aku lak watak Peter Parker dalam Spiderman (yup yang kartun tu tahun 90an punya). Perghhh aku memang minat gila lah sampai nak jadi heroin dia time tu but aku tak gemar sangat Mary Jane cuz dia annoying gila kot, aku prefer Felicia Hardy masa dia jadi The Black Cat hahahaha. Aku masa kecik2 memang bodoh sikit minat benda2 yang tak wujud, fantasy dan superheroes ni. 

So bila aku dah besar sikit, aku dah cecah 6 years old baru lah aku ada crush dengan human being ni. Aku ingat lagi the first moment I met this little boy, masa tu aku belajar kat Tadika Hamson jalan kebangsaan, Taman Universiti Skudai, Johor Bahru (too much info meh lol). First day aku masuk kelas memang aku tak perasan dia cuz tempat duduk lain, aku bahagian depan meanwile dia belakang sekali. Then tiba2 tah macam mana kitorang boleh jadi kawan cuz dalam kelas tu dak melayu sikit je dalam 5-6 orang and the rest pula Indian and Chinese, so memang boleh jadi kawan lah. 

Aku ingat lagi masa tu kitorang main police and thives or kejar2 something la cuz aku tak berapa ingat, yang pasti dia kena tangkap aku lah (yeah I always be the bad one). Masa duk kejar aku tu dia peluk aku sampai aku nak nangis kot cuz bagi aku tu dah kira sexual harassment, can you imagine dia peluk sampai tak nak lepaskan aku, apa lagi aku cubit lah dia but dia relax je tak nak lepaskan aku walaupun muka tengah tahan sakit hahahahaha. Dari situ aku boleh rasa jantung dia weyh then muka kitorang rapat gila (yup aku boleh bau baby powder yang mak dia tabur kat badan dia lol). From that moment, bila aku tengok dia dari ekor mata aku (yela dia peluk aku dari belakang) alahai comelnya dia sampailah school bus datang jemput nak balik barulah dia lepaskan aku. 

Okay kenapa aku suka and ada crush kat dia ye? First of all, dia budak pandai cuz tak silap aku dia dapat first place dalam semua kelas2 tadika tu. Yup aku ingat lagi masa tu graduation day, dia bagi speech kat depan parents dalam dewan as a student representative. Yup bunyi macam biasa je kan? But actually he spoke English fluently uolls. Semua audiens tergamam time tu yela he just 6 years old but dia fluent gila, damnnn patutlah aku ada crush kat dia. Lepas tu aku suka kat dia cuz senyuman dia manis, maksud aku air muka dia manis cuz dia tak pernah marah atau sedih ke cuz 24 jam muka ceria je. Warna kulit pula biasa je tak hitam tak putih ala2 standard melayu je but comel lah cuz budak2 lagi kan. Maybe cara dan muka dia yang nerd tu kot buat aku turn on hahahahaha. 

Actually lelaki nerd ni senang buat aku termasuk gadis2, wanita2, gay2 seluruh dunia turn on chewahhh tetapi yang macam Peter Parker lakonan si Tobey Maguire lah perghhhh muka nerd, innocent and cute gila, setakat Nobita cerita Doraemon tu memang payahlah nak melting hahahaha. Kalau diberi pilihan sama ada nak Peter Parker (Tobey Maguire) atau Zac Efron dalam cerita Neighbours tu hmmmm aku angkut dua2 sekali hahahaha. Okay back to the main topic, nama first crush aku tu dulu kalau tak silap aku hmm Nazri kot. Aku pun tak berapa nak ingat sangat cuz muda lagi time tu, banyak benda aku nak sumbat dalam kepala otak. Aku yakin nama dia berbunyi Nazri, Nazree, Nasri, Nashri or Nazrin macam tu lah cuz aku tak tau spelling yang betul tetapi yang pasti namanya bermula huruf N hahaha Muhammad semua tu belakang ceritalah.

So yeahh tu je lah yang aku mampu cerita pasal my first crush/love hahaha so aku harap satu hari nanti dapatlah aku jumpa dia balik cuz aku dah lama gila tak tau perkembangan dia tah hidup ke tak lagi (choii) cute lagi ke tak? Atau dah boroi macam aku sekarang ni hahahahaha. Aku masih ada lagi gambar class of 1999 tetapi tak ingat letak mana cuz family aku asyik pindah randah je hahaha tetapi aku sempat uploaded dalam Wechat cuma tak berapa jelas cuz Wechat kan? Lepas uploaded je gambar terus pecah cehhhh tetapi aku ingat lagi kedudukan dia dalam gambar kelas tu, dia berdiri dalam barisan ke-2 sebelah kanan meanwhile aku pula duduk barisan 1 sebelah kiri. Yeahh that’s pretty much it and I hope that whoever reads this entry will eventually recall their first love or crush moments CHEWAHHHH.

Diary:

ARE YOU A MODEL? NOOO, YOU'RE TOO FAT AND UGLY TO BE A MODEL!


Pernah tak ada satu masa tu korang rasa yang korang ni hudoh gila? For your kindly information, hudoh is the combination of the word hodoh and bodoh. Aku tak pernah cuz setiap masa aku rasa hudoh *sob..sob..sob*. Memang betul orang cakap hidup ni kau kena confident dan setiap manusia dilahirkan cantik, kacak, vavavoom etc cuma kau nak tak nak je jadi perfect. Halamak masalahnya orang yang duk buat fatwa dan cakap tu muka macam artis boleh lah, BULL! Contoh macam lagu Fireworks by Katy Perry, dah dia lawa boleh lah sampaikan lagu macam tu kan? Cuba suruh abam bochey nyanyi lagu tu memang sampailah meaning lagu tu. 

Okay, sekarang aku nak tekankan sikit pasal hudoh ni di mana ramai tak tahu. Aku sangat yakin dan confident sangat yang orang mesti akan cakap manusia paling hudoh kat dunia ni adalah kategori orang yang gemuk cuz gemuk tu hodoh dan yang bodoh tu bila dah tahu kau tu gemuk kau pi makan lagi cuz stress kena ejek dengan kawan yang self-claimed perfect tu. Halamak dorang kurus mana pun still hodoh gak cuz dorang bukannya model Victoria’s Secret hahahahahaha. But mostly kawan2 kita yang tak sedar diri tu berlagak macam Adriana Lima, Candice, Miranda etc padahal standard model cap ayam kat Malaysia je, Duhhh! 

Berbalik pada cerita hudoh ni, aku highlight lah sikit yang orang gemuk ni dalam kategori teratas bagi orang terhudoh. First of all, dorang tak nak pun dilahirkan macam tu Cuma nafsu makan dorang lagi kuat dari si keding kat luar sana. Siapa boleh tolak doh kalau hari2 mak kau masak sedap then iklan kat TV yang duk tayang McD, KFC, Pizza etc. Aku pun tak senang duduk tengok iklan tu tambah2 lagi bila kau tengok kat Instagram orang duk upload gambar makanan yang perghhhh sedap bhai walaupun secara virtual. Orang gemuk ni pun ada perasaan nak kuruskan badan cuma kesempatan tu tak ada walaupun niat dan azam tu dah berabad tertanam dalam badan. 

Salah satu factor takut nak berubah selain dari godaan makan, actually ejekan dari kawan2. Yela hari2 kawan kau duk ejek kau gemuk, contoh kau baru je nak sarung kasut Nike Roshe Run, sweat shirt from Adidas etc but kawan2 kau ejek cakap “Alaaa kau senam ni sebab nak tackle awek lah ni sebab kau hodoh”, “Tak payahlah nak senam, kang bergegar dunia bila kau start jogging”. Come on lah people? Maybe bunyi macam kau bergurau but insan yang bergelar gemuk ni ada hati dan perasaan, cuba kau kat tempat dia mesti kau rasa macam nak celup je mulut si pengkritik tu dalam asid. Alaaa, nak buat macam mana ek dah kawan tu mulut macam longkang, terima je lah but kau end up menangis dan depressed bagai. 

Aku ada cerita nak share juga ni, actually aku ada masalah kegemukan walaupun ibu dan family aku cakap aku tak ada gemuk pun (nak jaga hati aku lah tu) but realitinya ramai orang duk komen body aku. Sejujurnya, aku pernah kurus, pernah gemuk dan pernah chubby but tak satu pun aku terima komen yang positif dari kawan2 aku (yup kawan2 aku suka cakap aku gemuk secara gurauan dan serious). Aku pernah depressed juga pasal benda ni sampai satu masa tu aku stop eating, muntahkan balik makanan, diet macam orang gila etc. memang badan cepat kurus but effect dia aku akan jadi murung gila, muka tak radiant, asyik nak marah je cuz tak dapat makanan etc. So, aku stop buat benda bodoh tu cuz aku belum kahwin lagi hahahahahaha. 

Sekarang ni aku cuma jadi diri aku sendiri je, walaupun agak pedihlah bila hari2 orang duk cakap kau gemuk macam aku pernah kena like contoh situasi aku nak beli baju then dorang cakap “Ada ke saiz kau yaya?”, lepas tu situasi nak order makanan dorang cakap “Cukup ke makanan tu, macam tak je yaya”. Ohh hell to the no lah aku suka bila dorang cakap macam tu but aku hanya senyum je cuz aku sedar yang aku tak sekurus dorang. Kalau nak dibandingkan aku dengan dorang perghhhh jauh beza weyh but tu lah realitinya, aku kena terima je. Kadang2 ada juga orang dah jemu bila aku asyik mengeluh pasal body weight aku cuz bagi dorang aku tak lah gemuk mana hahahaha memanglah cuz dalam girls world kategori body aku ni dikira sebagai tahap gemuk. Kalau body macam aku ni dipanggil gemuk, habis badak air tu dorang panggil apa ek? 

So kepada sesiapa yang kurus tu, stop jadikan kawan2 yang gemuk tu sebagai alat untuk kau buat lawak. Korang ingat orang gemuk ni gajah kat circus ke yang kau boleh jadikan pameran hiburan. Maybe kawan2 yang gemuk korang tu tak kisah but sejujurnya lah dorang makan hati kot cuma tak nak besarkan isu ni. Dorang punya makan hati tu sampai tahap depressed gila vavi nak commit suicide. Kau apa tahu? Cuz kau kan selfish dan riak dengan body keding macam cicak or nigga yang starving kat Africa tu. Cuma sekarang kau cuba imagine lah kalau kau kat tempat dorang, sakit hati oohhh I tell you.