Diary:

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubaraq/ Selamat berpuasa I ucapkan kepada rakan-rakan Muslim I. Di bulan yang mulia ini I berhasrat ingin melakukan banyak perkara dan amalan yang baik termasuklah mengerjakan ibadah, wajib tu weyh! Sia-sia saja kalau puasa penuh satu hari tetapi tak mengerjakan ibadah.

Apabila bulan puasa saja, I mesti teringat kisah I masa kecil-kecil dulu. I anggap kisah ni sebagai rahsia sebab tak siapa pun tahu, nama pun rahsia rite? Disebabkan nak sangat puasa penuh, I telah berpuasa tapi tak penuh pun. Masa I kecil-kecil dulu kalau siapa puasa penuh dapatlah duit raya kalau tak puasa, hmm potonglah duit raya.

So, nak dijadikan cerita, satu hari tu I puasa (semangat tu) tetapi entah macam mana hari tu ayah I beli kurma, favourite I masa bulan puasa weyh tetapi yang tak bestnya ayah I beli about 5 hours before berbuka. Siapa yang boleh tahan weyh, terliur tu. Oleh itu I telah mengambil kesempatan untuk berbuka senyap2. Masa makan tu mestilah pandang north, south, east and west HAHAHA takut terkantoi, yelah tak sanggup nak terima duit raya I kena potong. Tempat paling selamat mestilah bilik I, sebab family I mesti ingat I tengah tidur rite. I pun makanlah dengan senangnya and few minutes later...Well, mission accomplished and I didn't have any problems as far as violence goes, double thumbs up to myself :3

Yang paling best tu, tak ada siapa pun tahu seriously sampai hari ini and finally I've revealed it. Masa tu I baru saja darjah 1 kot, alah kecil lagi tu. Kalau sekarang ni tak boleh buat sebab sudah besar plus dosa kita tanggung sendiri rite? So, kira macam I sudah sedar dan insaflah sekarang ni (Alhamdulillah). Kadang-kadang I teringin sangat nak puasa penuh tetapi macam pelik kalau I boleh puasa penuh, confirm parents I musykil and tak akan henti-henti soal siasat I macam banduan.

So, macam mana puasa anda setakat ni? Adakah semuanya berjalan dengan lancar? Harap-haraplah kerana puasalah anda sebelum anda dipuasakan. Err, bunyi macam tak kena rite? Have fun and don't forget to perform the Solah! Selamat Berpuasa sahabat :)

Nota: Teringin nak main mercun macam budak kecil hewhew :3