Diary:

RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA!



Yeahhh bulan yang dinantikan telah tiba!!!! (actually 2 hari lagi). Aku pun tak tahu kenapa asal tiba bulan Ramadhan je aku excited gila. Mungkin sebab kemeriahannya yang sangat umphhhh I tell you. Masa kecil dulu aku paling tak suka bulan Ramadhan sebab energy tak cukup nak jalani kehidupan normal aku selama 30 hari, eleh budak kecil lagi tetapi parents aku paksa juga puasa supaya aku dilatih untuk tahan nafsu dan banyak beribadah. And part aku paling tak suka bila kawan2 sekolah aku tak puasa, kemain dia action makan depan aku perghhh kecil2 dah jadi setan yek. Aku kecil lagi kot, nafsu apa yang aku ada selain dari mencekik 24 hours kihkihkih walaupun badan aku keding macam lidi (masa kecil dulu lah, sekarang dah macam hippo).

So anyway, setelah aku membesar dengan sihat and segar bugar ni, aku makin excited dengan ketibaan bulan Ramadhan. Nak tahu kenapa? Lemme tell ya, first of all aku suka suasana bazar or bahasa simple eh gerai jual makanan untuk berbuka (well tu dulu). Sekarang ni bazar bukan je setakat jual makanan tetapi baju, aksesori, mercun, kuih raya, toys, kosmetik, tudung bawal bilis ikan jaws etc dan paling aku suka makan je lah cuz sambil menemani adik perempuan aku shopping, aku cari port makan. So tu lah yang aku excited sebab nampak ramai nau setan boros berbelanja kahkahkah. Actually tu lah seronoknya tengok malays menolong malays dalam majukan biz dorang walaupun harga cekik darah. So bazar yang paling aku suka of course lah area rumah aku di senawang, besar gila I tell you and paling best dapat cuci mata sebab senawang studs semua umphhh walaupun majoritinya gays kihkihkih. Kesian gays sebab dorang terpaksa hold game lawan pedang bagi menghormati bulan Ramadhan kahkahkah. 

Selain tu, bila bulan Ramadhan ni aku rasa bangga sebab dapat turun berat badan dalam 2-4 kg. Best feeling ever sebab boleh bertukar dari sang hippo ke sang tenuk. So bulan Ramadhan ni lah aku terpaksa stop dari makan junk foods, cafein drinks, fast foods etc. Percaya atau tak, bulan Ramadhan ni lah diet aku yang paling efektif sebab hari2 yang lain aku selalu mengamalkan cheat days kihkihkih. Konon nak diet lah sangat tetapi mencekik je 24 hours, no wonder badan aku dah macam hippo walaupun orang duk cakap berat badan aku normal tetapi aku ni quite short so memang nampak gila lah macam mak mah si bini pak jib tu. So yeahhh diet mode activated! Looking forward for the hippo-tenuk transformation uolls.

Lastly, aku suka bulan Ramadhan ni kerana dapat berbuka puasa dengan family and kawan2 yang study jauh2 tu. Masa ni lah nak berbuka sama sebab dorang first week puasa and last week puasa dah start cuti so masing2 standby handphone tu and kasi hello2 lah nak meet up. Yang paling best tu bila kawan kau belanja makan untuk berbuka atas nama duit mara/ptptn dorang kihkihkih. Menu berbuka selalunya special kalau makan kat luar sebab time ni lah tekak kau nak rasa makanan yang lain dari yang lain. Speaking of which, McDonald sekarang dah ada menu baru sepanjang bulan Ramadhan ni iaitu sundae berperisa buah mata kucing and cendol, sedap gila I tell you!!! Grab em while stock masih ada. 

So yeahh harap tahun ni aku dapatlah puasa penuh macam last year (yeahh last year aku puasa penuh and no, I’m not pregnant). So, kepada pondan2 kat luar sana tu kau jangan ingat nak ponteng sesuka hati cuz selagi pedang kau tak melakukan aktiviti pembuangan darah2 kotor, kau masih boleh berpuasa aite? 

Salam Ramadhan everyone, Chow!