Diary:

RAMADHAN 2020.

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 14 dan bulan puasa kali ni agak berbeza dengan tahun sebelumnya. Kenapa??? Aku akan cerita kat perenggan bawah nanti. 

Seperti yang kita semua tahu, sekarang ni kan masih lagi musim Coronavirus. So, bulan puasa ni tak meriah macam tahun2 lepas hmm. Tetapi Alhamdulillah kes di Malaysia ni makin menurun dan harap akan semakin menurun lah. Cuma tu lah MCO pun dah dilonggar sikit untuk yang bekerja tetapi ramai yang ambil kesempatan nk merayau like hello vaccine tak jumpa lagi weyh. Kau kebal sangat ke sampai nak keluar jalan2. 

Aku rasa macam tak best lah Ramadhan kali ni, yelah tak dapat pergi bazaar Ramdhan dan Raya image pastu berbuka luar dengan kawan2, shopping raya kat Mall tanpa rasa ragu2 (walaupun dah longgar MCO tetapi aku prefer untuk jauhkan diri dari orang ramai) dan tak dapat balik kampung hmmm. Padahal tahun ni last aku beraya bujang tau, tetapi ada hikmah disebaliknya iaitu family aku dapat sahur dan berbuka sama2 kalau tak dulu masing2 sibuk nak berbuka dengan kawan2 kat luar. Alhamdulillah dapat kami berkumpul sama tumblr_inline_mgphu9vLfL1qdlkyg

Sepatutnya tahun ni tema baju raya kami warna purple sebab senang sekali boleh pakai majlis sanding aku nanti, biar satu family sedondon. Tetapi majlis sanding aku macam postpone ke tahun depan je ahahaha cuma nikah je confirm tahun ni. Speaking of which, aku belum inform wedding planner aku pasal nak postpone ni ohh shittt  tumblr_inline_mgphu5NWH71qdlkyg

So yeahhh, tu je yang aku nak kongsi untuk bulan puasa ni...

Aku harap wabak ni akan hapus dengan segera dan semua kembali macam dulu2 Aminnn.

Actually banyak benda aku nak tulis tetapi tunggulah post akan datang insyaAllah cuz idea dah hilang sebab lapar ahahaha.