Diary:

Dah masuk 2023 dan masih hidup part 1 :').

Assalamualaikum semua.

Lama gila aku tak berblog, ehh zaman sekarang ni orang tahu ke blog tu apa? sebab yelah sekarang ni budak2 sibuk dengan socmed yg trending macam tiktok. Ramai nau libtard dan palatao kat sana, seram iolls nak masuk, ehem2 btw tiktok account kita @sweetpeaym ahahhaha. Ye aku pun kena follow trend semasa, iolls kan muda lagi (padahal tahun ni dah 3 series 😢.....)

Baru aku perasan last entry aku pada tahun 2020 masa zaman covid maghin, bapak lama weyh. So aku nak summarize apa yg berlaku pada diriku sepanjang tahun 2020 sampai ke hari ni 07 January 2023. Mesti korang ingat aku dah mati sebab lama tak post, kot2 kena covid ke tapi Noooo aku masih survive Alhamdulillah 💪

Okay let's start now!!!!!! *Acah2 nak recap lol*

So aku dah kahwin dengan pilihan hati aku iaitu Encik Mohd Azrul Ridhwan Bin Azman (kalau aku rajin, aku ceritalah macam mana boleh tercouple gituuuu dalam next post). Weyh sumpah sangat mencabar ye plan nak kahwin ni, for those yg tanya kenapa kahwin masa pkp, kenapa tak tunggu semua dah reda. Ntah lah nok, dah jodoh sampai dulu. To be honest ramai yang tak setuju aku nak kahwin awal sebab yelah aku ni masih belajar sambil bekerja, masa tak cukup, pastu duit banyak habis kat study, lifestyle T20 aku etc. 

Ohh yeahh btw aku kahwin pada tarikh 08/08/2020 sbb aku suka nombor lapan ahahhaha. Aku kahwin 100% guna duit sendiri sebab ayah aku pesan, nak kahwin cari duit sendiri. So that's why majlis aku tak meriah, lagipun covid aku tak jemput ramai orang (jimat duit aku). Banyak cabaran weyh hari pernikahan aku tu (aku cerita next entry). So yeahh Alhamdulillah kami dah selamat kahwin.


Pastu tahun 2022 kami diuji kena covid, walaupun aku negative tapi aku kesian tengok husband aku. Menderita dia tahan sakit covid. Non stop batuk pastu badan panas on/off and yes aku lah yang jaga husband masa dia kena covid. Nasib baik masatu quarantine kat rumah je dan paling tak bestnya kena covid masa bulan puasa so tak semangat nak raya, nasib sehelai baju raya dah beli siap2 kat Jakel Shah Alam. Dengar cerita 2 Jakel terbakar minggu ni, semoga dipermudahkan. 

Raya 2022 dah boleh rentas negeri, dan paling tak boleh lupa tarikh hari raya bertukar sehari awal, kelam kabut derr, aku tak masak sebab sibuk jaga husband sakit covid. Nasib baik masa raya tu ngam2 husband dah habis 5 hari kuarantin. Dapatlah juga balik kampung Kuala Sungai Baru Melaka. Tapi sedihlah sebab tu last aku jumpa arwah abah (atuk), sebab abah baru meninggalkan kami pada 03/01/2023 😔 semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Nak cerita lebih lagi tapi aku nak kena kemas2 ni sebab tengah berblog di opis husband. Aku tunggu dia balik pukul 1 pagi ni. Jam dah pukul 12:44am ni. Husband aku balik jam 1 pagi cuz ikut shift UK. So kita jumpa dalam next entry ya gais. TTFN!!!!!


XOXO
YM 💓