Diary:

It's 2019 lah.

Morning readers, hari ini cuti CNY 2019.

So, as usual memang takde apa yang menarik pun nak tulis. Ohh yeahhh sekarag dah 2019 wuhuuu dan aku semakin tua hmm. Banyak benda yang aku belum capai tetapi aku bersabar dan berdoa agar impian aku tercapai. Untuk tahun ni aku nak buat benda yang aku suka cuz aku benci and bosan buat benda yang aku tak suka. So, aku bertekad tahun ni nak buat and capai benda yang aku minat dari aku kecil dulu. Apakah ia?? Shhh rahsia dulu….

Seperti biasa, aku bangun pagi waktu cuti CNY ni sama je macam cuti2 orang lain. Cuma pagi ni aku terbangun awal sebab kucing aku bising nak makan haha. Aku pun isi makanan dalam mangkuk makanan dorang. Afterward, aku check whatsapp, instagram, twitter and kalau free aku usha2 pinterest hihi. Then, pergi dapur cari makanan sebab aku lapar gila dan bila aku lapar je mesti aku akan marah. So, kena isi perut dulu pagi ni hihi.


Nasib aku baik pagi ni sebab ada leftover takoyaki balls dengan jus manga dalam peti ais. So, apalagi aku panaskan takoyaki tu dan pindahkan jus mangga tu dalam mug favourite aku warna biru kelabu.


Takoyaki ;)

Ini dia jus mangga ;)

Dah kenyang aku masuk dalam bilik and teruskan aktiviti malas aku baring sambil tengok phone haha. Cuaca hari ni panas macam semalam, panas teruk sampai aku mandi banyak kali malam tadi even aku pakai seluar pendek and tshirt nipis je sebab panas. Kucing aku pula asyik baring dalam bilik air sebab luar panas, apalagi aku renjis lah air kasi dia keluar. Memang tak lah nak bagi dia baring kat situ cuz tidur nanti dia baring sebelah aku kot yuckkkk.

Then, aku pun sambung main phone tetapi aku geram lah cuz tengah syok2 tengok phone, face id tak boleh guna. Dah kenapa doh??? Aku geram lah sebab baru guna phone ni berapa bulan, takut rosak je (T-T) hmmm. So aku pun GOOGLE lah, rupa2 nya aku update ios hihi. So yeahhh aku pun updated and makan masa juga tu yang aku benci nak update ios ni. Nasib baik ayah aku ada rumah, pinjam hotspot dia sebab internet dia unlimited hahahaha. Kena tunggu 1 jam baru boleh guna phone hmmmm. Alang2 tu aku update whatsapp cuz dengar cite whatsapp ada security baru iaitu face id untuk masuk dalam apps tu. Wow sound like fun ;)


whatsapp dah ada face id yippie ;)

Hmm lepasni aku nak kemas bilik lah, see ya readers! TATA FOR NOW.