Diary:

Hair

Semalam, macam-macam yang berlaku gara-gara mulut jahat aku yang tak berlesen ini. Sebenarnya, aku telah mengutuk rambut seseorang (staff dekat tempat aku kerja). Aku rasa bersalah sangat kerana aku cakap rambut dia buruk macam ikan flowerhorn tetapi dia hanya diam dan senyum sahaja (mungkin dia tak terasa kot dengan statement aku tadi). Beberapa jam kemudian, aku tengok dia sudah lesap tetapi aku kisah apa? Mungkin dia pergi toilet kot tak pun pergi lunch. Alaa biasalah itu, cewahh.

Few minutes later,

Si shikin (alaa bos kedai sebelah even though dia hanya staff biasa tetapi lagak gayanya macam bos kerana kerja dia cuma duduk sahaja LOL) datang ke arah aku and cakap macam ini


Shikin : Weh yaya, A***** gunting rambutlah!

Aku : Huh? macam mana kau tahu? And dia gunting dekat mana? (musykil)

Shikin : Alaa, tadi aku pergi menyinggah kedai fatin and tiba-tiba nampak dia tengah gunting rambut dekat Loreal!

Aku : So, that's mean dia gunting rambut gara-gara aku kutuk rambut dia pagi tadi ke?

Shikin : Itulah, mulut tak boleh blah bila bercakap.

Aku : hadoy! *felt a bit guilty.

Shikin : Jomlah tengok dia.

Aku : Erm, okay!


***


Kami telah pun sampai walaupun aku ketinggalan dekat belakang sebab aku jalan slow gila vavi *sedang period mah!* Then, aku and shikin skodeng dari jauh nak tengok dia tetapi tak ada pun (dia sudah lesap mah!). Aku try tanya dekat kakak yang jaga kaunter dekat Loreal itu.

Aku : Excuse me, ada nampak tak budak lelaki yang baru gunting rambut tadi?

Kakak kaunter : Ouh, dia pergi ke tandas.

Aku : Okay, thanks. *banyak sangat ke dia nak melabur hari ini LOL.


Afterward, aku keluar dari kedai itu dengan muka confident (kononnya tak bersalah). Then, shikin pun tanya (alaa, kacaunya)

Shikin : Dia ada tak?

Aku : Tak ada.

Shikin : Aik??

Aku : Kakak kaunter cakap dia pergi toilet.
*Aku suka sangat cakap tak habis LOL.

Then, kami pun tunggu dia keluar dari toilet (a, haish lama gila *peh confirm banyak gila dia melabur LOL!

Shikin : kau nak cakap apa bila dia keluar dari toilet nanti?

Aku : Nak cakap apa? Manalah aku tahu.

Shikin : Kau minta maaf sahajalah.

Aku : Okay tetapi macam mana nak minta maaf?

Shikin : Alaa, kau minta maaf sahaja then kau pujilah rambut baru dia itu.


***

Few minutes later, dia pun keluar dari toilet.

Shikin : Pergilah kejar dia!

Aku : Okay! *peh laju gila dia jalan, lecehnya nak kejar dia.

Shikin : Good luck! Aku balik dulu ya. *untunglah kerja part time.


Aku menyusul dia dari belakang, aku berharap sangat yang dia tak sedar aku dekat belakang dia *aku takut nanti dia ingat aku nak kidnap dia LOL. Hey, niat aku baiklah! Then, aku skodeng dia bersembang dengan staff yang lain dari jauh. Pehh, ramai yang puji rambut baru dia (sepatutnya you all kena berterima kasih sama aku LOL). Masa break aku pun nak (sudah pun) habis, so aku cepat-cepat masuk tempat kerja dan berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku, bapak hiprokit! Then, aku pergi dekat dengan dia (kononnya nak minta maaf) tetapi aku speechless *maybe terpesona tengok rambut baru dia itu, hmm tak ada maknanya! After that, dia tanya aku

A***** : Hey Yaya, how's my hair? nice huh?-SMILED-

Aku : *staring and speechless.

(OMG, semua staff dekat situ pandang aku, *ishh, tak payah pandang-pandang! Aku menjadi malulah)

Aku duduk dekat tempat aku dan mula berfikir apa yang aku patut dan harus buat, Hmm it's so complicated.

*blink! I've got an idea.

Belum sempat aku bangun (nak pergi dekat dia), dia sudah datang dan duduk sebelah aku. Dia macam sudah tahu sahaja yang aku nak cakap dengan dia. Okay, aku semakin nervous nak cakap. *Gosh! help me and wish me luck okay. How would I start a conversation with this guy?

Aku : Hey A*****, I ada probs dengan kawan I.

A***** : Okay, you ceritalah sama I.

Aku : *sniff. Actually, I ada kutuk kawan I hari ini sebab baju dia buruk sangat (ubah cerita). Pagi tadi I kutuk dia but then dia terus tukar baju dia dan sekarang dia pakai baju baru.

A***** : Okay, dulu baju dia buruk sekarang baju dia sudah lawa *sambil usik rambut dia (pehh, macam tahu sahaja yang aku sedang bercakap tentang rambut dia.

Aku : Yup, you rasa kawan I terasa tak dengan kritikan pagi tadi?

A***** : Hey Ong, what's ''terasa'' huh?

Aku : (''-_-) *nasib baik kau bukan melayu, kalau tak sudah lama aku debik kau. Untunglah mixed blood!

Ong : feel sad.

back to us,

A***** : Okay, I rasa mungkin kawan you terasa sedikit.

Aku : ouh, *buat muka bersalah, cewahh.

A***** : Hey, you sudah lama ke kenal dengan kawan you itu? *Aik macam soalan trick sahaja.

Gosh, how to end this conversation! Fortunately, customer came *fuhh, lega!


***


Masa nak balik aku sempat check message kat cell phone aku. Pehh, banyak gila message (sebab cell phone silent tadi) Tetapi yang buat aku terasa ialah kawan baik aku Hasfazira Aziz text dekat aku macam ini (lebih kuranglah sebab aku ter-delete message dia)

''sampai hati tak tegur tadi, uhuks T-T''

Okay, fine tadi aku terserempak dengan has semasa aku on the way nak ke toilet but tak sempat nak tegur dia sebab ;

*seluar aku basah (bocor gara-gara period), so aku tak boleh nak lama-lama nanti orang nampak.

*Aku pakai kemeja warna pink (jatuhlah maruah aku kalau dia nampak aku pakai kemeja warna pink)

So, aku minta maaf sangat-sangat Hasfazira Aziz! Aku tak ada niat nak menyombong dengan kau. Actually aku rindu kau sangat-sangat dan group makanan kita, Burger, Hot Dog, Tosei dan Curry Puff. Aku juga nak minta maaf dekat Adrian kerana telah buat dia ''terasa'' LOL. But not too bad because everyone love your brand new hair and kinda look like Bruno Mars LOL.


Note : Tak nak cakap lepas lagi! (''-,-)