Diary:

AKU DUDUK SHAH ALAM GAIS :(

What's up gais?

Lama tak berblog. Cehh dari haritu sama je ayat, "lama tak berblog" ahahaha. Aku penat sebenarnya cuz sekarang aku bekerja di Shah Alam dan tinggal di rumah sahabatku di Seksyen 16. Hmm, aku rindu dengan keluarga aku yang jauh di Senawang sana termasuk dengan tiga ekor kucing kesayangan aku tu. First time aku keluar dari rumah weyh dan tipulah kalau aku tak nangis. I cried for the first week tu, dalam bilik mandilah ahahah. 

Setiap hari aku akan tengok jam dan berharap agar cepatlah hari jumaat cuz penat tahan rindu ni. Aku dari kecil tak pernah berjauhan dengan family cuz memang tak pernah duduk asmara mahupun hostel. Bila dah tumpang rumah orang ni, aku kena jaga adab dan maruah cuz aku bawa nama family datang sini. Aku bersyukur sangat2 cuz keluarga sahabatku ni jaga aku dengan baik, Alhamdulillah makan minum aku terjaga.

Hati ni selalu teringat keluarga kat rumah, selalu bila nak berbelanja kat sini je mesti tengok beg duit cuz aku nak balik Senawang. So duit tambang kena ada at least RM20 setiap minggu. Aku sanggup Lunch makan Maggi Cup dan roti Twiggies je cuz nak berjimat. Lagipun aku tak kisah pun sebab niat aku nak kurangkan makan, yelah tak lama lagi nak kahwin. Hihihihi lagi beberapa bulan je lagi nak jadi isteri orang fuhhh nervous. Padahal banyak benda tak settle lagi macam Hiv Test, pilih baju kahwin, barang hantaran pun belum beli lagi dan sebagainya.

InsyaAllah semua akan settle dalam masa yang singkat ni.

Aku juga berharap agar wabak Coronavirus ni dapat jumpa penawarnya. Seramlah bila nak balik Senawang cuz berhimpit dengan orang ramai bila naik LRT dan Komuter. Setiap hari aku akan check suhu badan aku pastu batuk tahap teruk ke tidak dan sebagainya. Semoga aku dan orang2 lain dilindungi daripada wabak ini, Aminnn.

Sekian sahaja untuk entry aku kali ini, Chow!